Friday, October 1, 2010

copy AND paste

Aku sudah lama menulis...

3 Jun 2010 ; Perak fm

Dulu, waktu mula-mula aku masuk Universiti dan bergelar mahasiswa, seorang yang aku hanya kenali dekat TV merupakan pensyarah aku. Dia Tanya pada aku, kau dating sini nak buat apa? Aku budak baru..aku jawab nak timba ilmu..dia kaya timba besar mana kau bawa? Aku diam..dia Tanya pada kawan aku..kau nak jadi apa? Kawan aku cakap nak tambah ilmu pengetahuan. Dia kata tak payah dating sini, kau balik je..ilmu ada dimana-mana. Dia Tanya lagi dan macam-macam jawapan yang kami bagi semuanya salah dan akhirnya dia cakap BULLSHIT!! Korang semua menipu!! Korang masuk sini, tapi korang tak tahu tujuan korang masuk sini. Bagi aku..melampau seorang penceramah merangkap pensyarah aku cakap macam ni. Akhirnya dia bagitahu, awak semua dating sini untuk jadi MANUSIA YANG BERGUNA..aku tersentap namun itulah hakikatnya..memang semua yang dating hendak menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat. Salah juga pandangan aku terhadap dia. Tiba-tiba aku terkelu, melihat dia memanjat meja dan tangan kanan diletakkan diatas dada sebelah kanan. Terkesima..

WATIKAH YANG KU MILIKI KAN KU SEMAT DIHATI..
JANJIKU PADA PERTIWI UNTUK MENABUR BAKTI..
KU SEMPURNAKAN SEIKHLAS HATI MEMBELA NEGARA..
DOA RESTU AYAH BONDA KU UNTUK MU SEMUA..
UITM USAHA..TAQWA..MULIA..

Aku berjaya
Akhirnya menitis juga air mata kami tatkala mendengar nyanyian beliau dan linangan air mata seorang pengajar yang merupakan bekas pelajar uitm. Inilah salah satu moment yang aku tak pernah lupa dan tak kan lupa sehingga bila-bila..
Terima kasih UiTM dan terima kasih Encik Azahari Zain..

Aku budak mentah yang tak faham apa-apa mengenai kerja yang aku dapat. Buat pertama kalinya aku sendiri tak clear dengan apa yang aku akan hadapi.. Nampak semuanya bagus dan saling memerlukan antara satu sama lain. Aku tak berani nak cakap apa sebab aku baru, aku hanya menurut perintah dan aku membantu apa yang diperlukan. Terima kasih sebab membawa aku masuk ke dunia ini dan aku akan pelajari hal ini. Ini adalah langkah pertama aku. Buat kali pertamanya aku akn membantu bagi satu event yang agak besar bagi sebuah jabatan yang namanya gah dimata masyarakat. Aku memulakan segalanya disini. Aku hampir memahami corak pekerjaan mereka dan mengenali setiap satu manusia disini. Apabila melihat setiap orang yang ada, aku teringat pengajian psikologi aku, manusia dan pesona. Memang hari ini aku mengenali manusia yang mempunyai pelbagai pesona. Permulaan aku, adalah bekerja diluar, aku tak megerti dan aku tidak memahami namun aku belajar kerana aku tak nak jadi orang yang dikatakan tidak tahu hidup berdikaari dan mencari fakta dan auta bagi menjadi orang berguna. Permulaan, aku follow the rules..bertambah sedikit lagi aku dengan manusia dan pesona dan akhirnya aku memahami dan hampir mengenali setiap seorang. Bukan  daripada pengaruh sesiapa namun daripada manusia itu sendiri.

Pengendalian organisasi bagi aku teramatlah teruk, aku tengok masing-masing rajin bekerja tapi organisasi hancur..ini bermakna ada udang disebalik batu. Udang dah la hitam (kejahatan) dan batu pula keras dan besar (sifat dan perangai), itulah yang adapat aku gambarkan. Namun, tahniah kerana mereka diantara orang yang memerlukan kehidupan yang susah di suatu masa nanti.