Friday, October 1, 2010

Adakah??

Berhari-hari tidak menconteng disini. sibuk untuk memulakan hidup baru. agak susah rupanya. tapi Alhamdulillah. kali ini aku mencari melalui jalan yang lain pula. mata aku tertacap pada skrin komputer tidak hentik-henti sebab ingin mencari apa yang dikatakan sebagai Islam itu. mungkin aku ialah orang Islam namun kadang-kadang aku lupa apa definisi sebenar Islam itu. dalam kajian yang ingin aku laksanakan ini, aku harus menggeledah diseluruh ceruk punca bagi mengetahui apa yang dikatakan sebagai Islam itu. aku akan melihat dari sudut aku sebagai pengkaji filem-filem yang mengandungi unsur-unsur Islam itu. adakah filem itu benar-benar mengenai Islam. Bukan apa, jika dilihat dari setiap filem yang dibikin di Malaysia atau Indonesia, Islam itu tidak lari. walaupun filem Bohsia arahan Syamsul Yusof dikatakan sebagai filem yang murtad, bertentangan dengan syarak dan macam-macam namun masih ada Islamnya. jadi apakah sebenarnya definisi Islam dalam sesebuah filem? aku masih mencari. pencarian aku adalah melalui penontonan, pemahaman dan pembacaan. belum ada jawapannya. 

selesai menonton filem Arisan yang lepas, aku telah menonton beberapa filem antaranya Semerah Padi, 1956 arahan P.Ramlee, Sabarudin Tukang Kasut, arahan P.Ramlee, Sunan Kalijaga-Syech Siti Jenar, 1985, Kiamat Sudah Dekat, 2003 arahan Deddy Mizwar, Nagabonar II, 2007, arahan Deddy Mizwar, Ketika, 2005 arahan Deddy Mizwar, Korban Fitnah, 1956 arahan P.L.Kapur dan terakhir hari ini Perempuan Melayu Terakhir, 1999, arahan Erma Fatima. setelah menonton filem-filem ini pencarian yang dinamakan Islam itu baru bermula. ada yang terlalu ekstrem dengan Islam sehingga menyesatkan, ada yang Islamnya ada Islam dan mengamalkannya dan ada juga yang dikatakan Islam hanya sekadar nama sehingga lupa apa yang dikatakan Islam. agak sukar untuk menjawab persoalan yang tentang Islam. namun pencarian ini akan bermula. melihat satu persatu filem yang telah ditonton, adakah filem itu boleh dikatakan sebagai Islamic 100% atau sebaliknya...??? 

Semerah Padi, 1956 arahan P.Ramlee

Sebuah filem arahan P.Ramlee yang penuh dengan unsur keagamaan dan juga ada melayu. jangan disamakan adat dengan agama kerana adat adalah sesuatu yang turun menurun dan juga sentiasa dilaksanakan. namun agama kita berpegang kepada kepercayaan. merujuk kepada filem Semerah Padi ini, ia adalah nama kepada sebuah kampung yang mana kesemua penduduk kampung tersebut ialah orang Melayu dan juga orang Islam. ketua kampung memainkan peranan yang amat penting apabila, segala apa yang terjadi dikampung berkenaan adalah dibawah tanggungjawab beliau. selain itu, beliau juga menerima segala arahan yang diberikan oleh Sultan. apa yang menarik melalui filem ini adalah pelaksanaan hukum hudud yang dijalankan. setelah mendapat bukti yang kukuh dan sahih, walau siapa pun yang melanggar hukum agama Islam akan dijatuhkan hukum hudud. hukum hudud ini bukanlah satu hukum yang menyeksa kepada sesiapa namun ia harus dilaksanakan untuk memberi pengajaran kepada orang sekeliling yang mengetahui tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh pesalah. dan hukum ini bukanlah dijalankan atas dasar suka-suka namun ada cara pelaksanaannya. sebagai contoh, pasangan yang berzina akan dikenakan hukum sula. itu antara babak yang ada didalam filem ini.

Azan: Antara babak dalam filem Semerah Padi.
susah untuk mentakrifkan tentang apa yang dikatakan sebagai Islam dan sebagainya namun, perkara ini harus dikupas dalam filem agar Islam itu tidak hilang begitu sahaja dan Islam itu tinggal pada nama semata-mata malah akan kekal hingga ke akhir zaman.