Tuesday, October 12, 2010

carian belum diketemu

mencari definisi ISLAM dan mencari definisi GENRE...agak kalut juga sebab semuanya ingin cari yang lebih mendalam dan fakta. namun apa yang menjadi masalah, ada ke orang yang menulis tentang FILEM ISLAM??
Kenapa filem Islam begitu dipinggirkan terutamanya di Malaysia? mungkin orang Melayu dan Islam hari ini lebih gemar mencari duit dengan pembikinan filem komersial berbanding orang-orang yang dianggap ahli falsafah, pakar rujuk dan pakar dari segala hal di luar sana. sedih betul mengenangkan apa yang terjadi. namun, bagaimana pula dengan para pelajar dari sekolah filem yang belambak di Malaysia ini? adakah segala hasil tulisanmereka tidak berkualiti atau hasil kerja mereka ditempatkan hanya didalam STORE atau tempat yang memerlukan kata laluan, pembayaran dan sebagainya? atau ada jawapan lain yang aku sendiri tak tahu mencari maklumat. habis ku geladah perpustakaan Hamzah Sendut ni. buku yang bernama John, Maxwell dan sebagainya sangat banyak. namun buku yang ditulis oleh Ali, Abu, Seman dan sebagainya amat sukar dicari? apa yang sedang dilakukan oleh orang-oarang yang bernama Abu, Ali dan Seman tersebut? agak sukar untuk aku mentafsir segala hal ini. tapi akan ku usahakan untuk ada hasil buku yang ditulis oleh Nur Nafishah Azmi..