Wednesday, September 22, 2010

Langkah pertama...

21 September 2010 sah aku menjadi mahasiswi di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. perasaan aku takut sangat dan berbelah bahagi sama ada untuk mendaftar atau sebaliknya namun Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.


pencarian aku pada 21 September bermula dengan berjumpa dengan supervisor aku. risau sangat sebab aku langsung tak kenal siapa dia. orang kata kalau buat full research ni, supervisor mesti orang yang paling kita rapat dan boleh berkomunikasi dengan dia, jadi itu yang menjadi kerisauan aku. bertemankan rakan serumah yang juga merupakan rakan sekolah aku, aku berjumpa dengan Dr. Rohani di School of Communication..


Alhamdulillah, aku berasa amat lega dan seronok. orangnya betul-betul keibuan dan aku dapat rasakan yang beliau boleh membantu aku. selepas bersembang dan mengenali hati budi, aku membuat keputusan untuk mendaftar diri di Institut Pengajian Siswazah. segala urusan mudah sahaja dan aku selesai mendaftar sebelum jam 12 tghr. penat juga sebab aku kena berjalan kaki. ada kereta, simpan jela. nak buat macam mana, aku tak tahu selok belok lagi. mungkin aku perlukan masa untuk menyesuaikan diri di sini. begitu juga dengan rumah, kawan-kawan dalam rumah dan juga Pulau Pinang ini sendiri. apa yang menarik perhatian aku ialah, USM tak sesak macam UiTM. Aku tersenyum seorang bila perhatikan USM dan UiTM.


21 Sepetember 2010 berakhir dengan aku boleh terseyum lega sebab aku selesai mendaftar dan mendapat penyelia yang terbaik untuk aku..