Wednesday, January 5, 2011

Definisi & Konsep Pendirian Islam

Hari ini aku berfikir dan mencari apa yang Islam - Ad-Deen. Mungkin ramai yang mengetahui hal ini tapi tak salah juga kalau aku katakan ramai yang tidak mengetahui hal ini. jadi sedikit perkongsian daripada artikel yang aku baca. sekiranya ada salah, aku mohon untuk diberi tunjuk yang benar.


1.      Ad-Deen
Menerangkan tentang ketaatan kepada Allah yang satu. Jika dilihat melalui istilah Arab, membawa maksud ketaatan, keadaan kehinaan dan tunduk/ perkhidmatan/ undang-undang tertentu/ patung/ ketetapan/ adat/ kebiasaan/ cara atau sistem hidup/ cara, tentu saja, mod, atau cara bertindak atau melakukan/ pengurusan, melakukan atau peraturan urusan/ negara, keadaan atau kes/ pembalasan/ pembalasan/ pertimbangan/ perhitungan/ kuasa/ peraturan/ kerajaan/ daya
(obedience, state of abasement and submissiveness/ service/ a particular law/ a statu/ an ordinance/ custom/ habit/ way or system of life/ a way, course, mode, or manner of/ acting or conduct/ management, conduct or regulation of affairs/ state, condition or/ case/ requital/ recompense/ judgement/ reckoning/ authority/ rule/ government/ power)

2.      Tiada Paksaan dalam Islam
Sama sekali tiada paksaan dalam menerima Islam, kehidupan cara Islam yang telah diputuskan oleh Allah SWT. Apabila telah memilih untuk menerima Islam, wajib dan mesti mengikut segala suruhanNyan dan meninggalkan segala laranganNya.
(there is absolutely no compulsion in adopting ad-deen, the rule system of life approved by Allah. one full choice whether to adopt this or not but once one has opted for it, it becomes compulsory and obligatory to abide by all the always, commands, rules and regulations therein. when the islamic authority will establish ad-deen, it will make sure that those who have opted for ad-deen abide by its rules and regulations)

3.      Pendirian Islam
Islam merupakan sistem kehidupan yang ditubuhkan selepas mendapat kuasa dan aturan di muka bumi ini. Tanpa kuasa atau aturan tersebut, agama itu boleh bertahan tetapi pembentukan Islam sebagai agama telah melengkapi keseluruhannya.
(ad-deen as a system of life can only be established firmly after gaining power or rule in the land. without power or rule, a ritualistic religion can survive but establishment of ad-deen as a system of life that encompasses all aspects of life is not possible)

4.      Tidak memecahbelahkan umat Islam 
      Tidak memecahbelahkan umat Islam yang mana sekiranya memecahbelahkan agama sama sahaja konsepnya denga syirik yakni menyamakan selain Allah dengan Allah dalam hal-hal yang merupakan kekhususan Allah, seperti berdoa kepada selain Allah di samping berdoa kepada Allah, atau memalingkan suatu bentuk ibadah seperti menyembelih (kurban), bernadzar, berdoa dan sebagainya kepada selain-Nya.

Tuesday, January 4, 2011

Minyak RON 97 naik lagi



Itulah hakikat yang kita kena terima. harga kenaikan minyak bagi RON 97. Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri..boleh baca dekat sini. Bagi aku tiada apa yang nak diterkejutkan. bukanlah bunyi seperti berllagak namun itu adalah hakikatnya. kalau dulu negara belum membangun, dunia pun belum membangun, semuanya mengalami proses untuk jadi negara maju begitu juga dengan Malaysia. untuk menjadi negara maju tak kan nak beli air sirap segela sepuluh sen lagi? kenapa nak mempertikaikan tindakan menaikan harga minyak ni? aku sangat pelik, bila gaji naik tak de sape pulak bising..bile minyak naik bising. yang kelakarnya, bila gaji naik, kereta tukar baru, rumah diubahsuai jadi besar jadi, confirm-confirm la gaji tu aka tetap sama. argh! teringat waktu belajar ekonomi dulu..permintaan..penawaran..kehendak dan sebagainya..aku rasa orang yang kuat komplain tu kena belajar ekonomi dan belajar apa yang dikatakan hidup kot..ntah la..




masalah v/s cabaran

masalah adalah salah satu yang normal untuk kehidupan kita yang dipanggil manusia. tapi cuba jadikan masalah itu sebagai satu cabaran. mungkin aku adalah salah seorang yang mempunyai masalah tapi aku fikirkan sebaliknya..aku jadikan ia sbagai satu cabaran untuk aku lunaskan cabaran itu. pegangan hidup aku adalah setiap pengalaman pahit adalah pengalaman manis. owh! sangat hinakah pegangan hidup itu? tapi itu adalah aku. sebab kenangan pahit itu mengajar aku tentang kehidupan dan untuk aku teruskan hidup.
sebenarnya niat aku menulis tentang masalah ini bila aku lihat kawan-kawan aku masing-masing ada masalah, tak lari la aku, tp aku akan redha sebab yang jadikan ia sebagai masalah aku. 
sahabat aku ada yang bermasalah kerana tak ada keje. ada yang bermasalah dengan diri sendiri. ada yang bermasalah dengan keluarga dan tak lari juga ada masalah dengan majikan. hah! yang last sekali tu macam best je. macam pengalaman aku sebelum ni la. masalah dengan majikan. itu bukan aku cari pasal tapi, mereka yang tak boleh tengok aku lebih dan argh!! di sana memang masalah tu dah berkurun, suruh aku atasi..aku guna la cara aku..tapi aku yang kena balik sebab??? sebab mereka berkuasa. aku ni boleh kena buang keje bila-bila masa je. jadi aku ambil keputusna menghancurkan mereka dan meninggalkan kenangan untuk mereka sampai ada benda yang mereka tak reti buat aku abadikan hasil aku. aku pun sambung la belajar. mungkin peluang ini lebih bermakna, walaupun orang kata aku beruntung tapi aku masih dalam usaha. ha!
itu aku, tapi seenarnya aku nak cakap pasal kawan aku ni, nak berhenti keja sebab tak tahan dengan bos. apa yang aku dapat nasihatkan, berhenti sekiranya dapat keje yang lebih bagus dan berhadapan dengan orang tersebut. bukan apa, aku tak nak la orang yang buat dia melonjak gembira sebab dia berhenti kerja dan aku tak nak la mereka meraikan pemergian dia dengan amannya. aku nak dia berjumpa dengan orang tu dan berterus terang dan dalam masa yang sama bagi orang tu makan cili. argh! aku rasa itu lah cabaran bekerja dengan orang Melayu dan tua.aku dah melaluinya.
kepada mereka yang telah berumur di luar sana, iye tak dinafikan anda banyak pengalaman, anda banyak duit dan anda juga berpangkat tapi apalah salahnya menerima idea orang muda dan bentangkan. kadang-kadang idea anda tidak mengikut keperluan semasa. daripada anda menolak dihadapan dan menggunakan nya dibelakang baguskah? itulah perangai mereka. aku tak faham. bayangkan jika yang muda itu anak anda sendiri dan orang lain perlakukan sedemikian? apa agaknya perasaan anda? 

Monday, January 3, 2011

my beloved

Posted by Picasa

aku buat ni khas untuk nak buat background blog ni. jarak yang agak jauh antara aku dengan dia menyebabkan ini tempat aku meluahkan segala rasa.

dunia aku

seperti kata HAMKA: 

'Meninjau sejarah hendak dengan rasa cinta seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. oleh itu rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang mereka tinggalkan buat kita'

meminjam kata PUJANGGA:


'Sejak lahir lagi aku dah masuk dalam dunia lakonan..Hidup ini adalah pentas bagi manusia sebelum ke alam akhirat..Siapa yang gagal dalam lakonannya, nerakalah tempatnya'

Sunday, January 2, 2011

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya
bila waktu tlah memenggil 
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

aku tak tahu la.tapi setiap kali aku dengar lagu ni, hati aku tersentuh dan sebak. rasa macam mati tu sedang memanggil diri aku ni. aku takut sangat-sangat dan aku tak pasti apa yang akan aku hadapi walau pun sesaat dari hidup aku sekarang. aku merancang namun kalau Dia kata itu, maknanya itu lah..aku takut menghadapinya. orang kata, orang yang takut mati, adalah orang lalai. ya..aku hambamu yang hina ini terkadang memang lalai..
Hari ni 2hb Januari 2011..baru aku nak mencoretkan sesuatu kat blog aku ni.
sebelum tu belum terlambat nak ucapkan

SELAMAT TAHUN BARU 2011

tersenyum puas apabila meninggalkan tahun 2010..semua azam ku telaksana.

1.aku berjaya konvo pada tarikh yang sepatutnya..Alhamdulillah
2.aku dapat menjejakkan kaki aku ke alam pekerjaan..Alhamdulillah
3.aku memiliki AHD 3608 dengan duit aku sendiri..Alhamdulillah
4.aku mendapat tawaran biasiswa untuk tenaga pengajar muda UiTM..Alhamdulillah
5.aku dapat menyambung pelajaran diperingkat master di universiti yang aku inginkan..Alhamdulillah

aku tak pasti..adakah azam aku untuk 2011 akan terlaksana? kadang-kadang Allah akan uji umatnya walaupun Dia tahu kita mampu atasinya namun, agak takut untuk fikir apa akan jadi akan datang..namun hanya pada dia sahaja aku boleh adukan..aku boleh memohon dan sebagainya..
apa yang pasti, aku akan harungi terlebih dahulu. aku akan buat yang terbaik.