Tuesday, January 4, 2011

masalah v/s cabaran

masalah adalah salah satu yang normal untuk kehidupan kita yang dipanggil manusia. tapi cuba jadikan masalah itu sebagai satu cabaran. mungkin aku adalah salah seorang yang mempunyai masalah tapi aku fikirkan sebaliknya..aku jadikan ia sbagai satu cabaran untuk aku lunaskan cabaran itu. pegangan hidup aku adalah setiap pengalaman pahit adalah pengalaman manis. owh! sangat hinakah pegangan hidup itu? tapi itu adalah aku. sebab kenangan pahit itu mengajar aku tentang kehidupan dan untuk aku teruskan hidup.
sebenarnya niat aku menulis tentang masalah ini bila aku lihat kawan-kawan aku masing-masing ada masalah, tak lari la aku, tp aku akan redha sebab yang jadikan ia sebagai masalah aku. 
sahabat aku ada yang bermasalah kerana tak ada keje. ada yang bermasalah dengan diri sendiri. ada yang bermasalah dengan keluarga dan tak lari juga ada masalah dengan majikan. hah! yang last sekali tu macam best je. macam pengalaman aku sebelum ni la. masalah dengan majikan. itu bukan aku cari pasal tapi, mereka yang tak boleh tengok aku lebih dan argh!! di sana memang masalah tu dah berkurun, suruh aku atasi..aku guna la cara aku..tapi aku yang kena balik sebab??? sebab mereka berkuasa. aku ni boleh kena buang keje bila-bila masa je. jadi aku ambil keputusna menghancurkan mereka dan meninggalkan kenangan untuk mereka sampai ada benda yang mereka tak reti buat aku abadikan hasil aku. aku pun sambung la belajar. mungkin peluang ini lebih bermakna, walaupun orang kata aku beruntung tapi aku masih dalam usaha. ha!
itu aku, tapi seenarnya aku nak cakap pasal kawan aku ni, nak berhenti keja sebab tak tahan dengan bos. apa yang aku dapat nasihatkan, berhenti sekiranya dapat keje yang lebih bagus dan berhadapan dengan orang tersebut. bukan apa, aku tak nak la orang yang buat dia melonjak gembira sebab dia berhenti kerja dan aku tak nak la mereka meraikan pemergian dia dengan amannya. aku nak dia berjumpa dengan orang tu dan berterus terang dan dalam masa yang sama bagi orang tu makan cili. argh! aku rasa itu lah cabaran bekerja dengan orang Melayu dan tua.aku dah melaluinya.
kepada mereka yang telah berumur di luar sana, iye tak dinafikan anda banyak pengalaman, anda banyak duit dan anda juga berpangkat tapi apalah salahnya menerima idea orang muda dan bentangkan. kadang-kadang idea anda tidak mengikut keperluan semasa. daripada anda menolak dihadapan dan menggunakan nya dibelakang baguskah? itulah perangai mereka. aku tak faham. bayangkan jika yang muda itu anak anda sendiri dan orang lain perlakukan sedemikian? apa agaknya perasaan anda?