Friday, December 31, 2010

good luck dear

He's time table for last semester..pray for him..

Posted by Picasa

tak tahu

jari jemari
menari dan terus menari
terjatuh dan terpesok
di atas alapangan yang terbentang

satu persatu makna
dicari
GAGAL
namun tiada 
apa yang dikesali
GAGAL 
itu  adalah 
kejayaan
kejayaan yang jatuhnya
membangunkan kita

Wednesday, December 29, 2010

peristiwa 29 Disember 2010

yeah!!
akhirnya kemarau 14 tahun untuk Malaysia jadi Juara Piala Suzuki AFF telah berakhir..
Tahniah dan Syabas untuk pasukan Malaysia..menang agreget 4-2..
tapi apa yang dapat merungkai segala permasalahan di alam maya apabila di Malaysia, Malaysia menang
di Indonesia, Indonesia menang..tiada lagi perbalahan terhadap laser dan sebagainya.
Proud to be Malaysian!!!!
Yahoooooo!!
Ops..tibe-tibe fanatik kepada bola sepak pulak.
Walaupun aku orang seni tapi bila sebut tentang Negara..owh..hati ku luluh jantungku bagai nak gugur!
Semangat cintakan negara yang teramat sangat! wow!
itu cerita pertama untuk malam ini!



next story...masalah air di 'SINI'..aku belajar di 'SANA' tiga tahun tak pernah alami semua ni.
down sangat-sangat..namun tiada tindakan..apa yang aku lihat tiada tindakan dan makluman kepada penghuni agar boleh ke mana-mana Desa untuk tumpang mandi dan sebagainya. seharusnya pihak Desa boleh la ke Desa lain tengok ada air or tak dan buat la pengumuman kat sini. terlalu banyak sangat yang aku kecewa sejak berada  di 'SINI' tidak seperti di 'SANA'. Tapi ini mungkin satu cabaran untuk aku untuk menghabiskan pembelajaran di'SINI'. aku ada bangkitkan hal ini di Laman Facebook di'SINI' namun sangat-sangat menyedihkan jawapan yang diberi. kuat aku katakan yang memberi feed back adalah student yang menjawab soalan itu hanya untuk menyelamatkan diri..apa yang aku post ialah:


terima kasih kerana memberi penempatan kepada saya di Desa Aman Damai. satu keistimewaan bagi saya kerana tidak perlu menyewa di luar. mungkin saya pelajar baru, jadi rasa agak bertuah. namun, untuk semester baru ini, kita menghadapi masalah air untuk kegunaan harian, terima kasih kepada pihak Aman Damai kerana membuat persediaan dan memberi notis awal. agak mengecewakan sedikit beberapa perkara:

1.diharapkan pada masa akan datang pihak Aman Damai dapat menyediakan tong khas untuk gigunakan bagi menyimpan air dan bukan menggunakan tong sampah. saya teramat sangat kecewa kerana tong sampah digunakan sebagai tempat takungan. seperti yang sedia maklum, tong sampah walaupun telah dibersihkan namun, ia masih tong sampah. harap sangat ada pihak yang tampil berikan penjelasan.


‎2. notis yang dihantar hanya pada 28 hb sahaja tiada air, namun 29 hb juga tiada air. mengapa hal ini tidak dimaklumkan terlebih awal? sekiranya pihak Aman juga tidak mengetahui hal ini, tiada masalah, namun tiadakah inesitif untuk pihak Aman memberi makluman Desa mana yang ada air atau pihak aman menyediakan sedikit air takungan?

3. harapan saya pada masa akan datang harap setiap apa yang berlaku ada plan A dan plan sewajarnya agar hal ini tidak menyusahkan mana2 pihak.

berharap mendapat maklum balas dari mana-mana pihak berkenaan hal ini. walaupun mungkin pelbagai cara telah diusahakan, harap dimaklumkan kepada penduduk Desa Aman Damai. saya sangat hargai setiap usaha yang dilakukan dan bersyukur seadanya.

apa yang dijawab sangat mengecewakan..

sememangnya beberapa tong besar telah disediakan di beberapa lokasi di blok2 asrama aman damai, ttp malangnya hampir kesemua pecah tnpa sebab. HRP penghuni lebih alert utk menyimpan air bg kegunaan sendiri. Inisiatif tong sampah sbg bekas simpanan air bkn arahan dr pejabat pengurusan desa. Mgkin rasa prihatin segelintir makcik cleaner bg membantu penghuni. HRP MAKLUM.

Boleh tak kalau aku nak cakap orang yang menjawab apa yang aku tulis tu sebagai tidak berfikir. aku boleh ucap terima kasih pada mak cik cleaner sebab ada inesiatif tapi diorg?? n rasanya tak ada masalah kalu diorg buat pemantauan pada blok. bukannya ada 30 or 40 blok kat sini. atau pun diorg leh buat pengumuman pada pelajar. ni apa tindakan diorg?? tu la..diorg pun tak ada air!!!!!!!!

Sunday, December 26, 2010

susah ke nak senyum?

27 Disember 2010
my first day came back to library after holiday
sangat teruja untuk siapkan sedikit kerja bagi 
persediaan untuk esok. bangun pagi dengan azam baru dan semangat baru
melangkah dengan begitu semangat nak pargi library
~~SENYUM~~
masuk kat library ada seorang encik ini
boleh saya check beg awak?
silakan..saya bawa lap top
(sambil berdiri sebab pak cik ni dah berdiri tengah jalan)
boleh tak awak ke tepi dan letak atas meja?
(dengan muka berlagaknya)
Oh...boleh
(aku senyum)
Terima kasih, masuk
Aku tengok muka dia dan senyum tapi dia???
kau tahu tak pak cik kau dah buat aku bad mood!!
tolong la senyum bila buat kerja..aku bukan la mengharapkan balasan senyum kau tu tapi engkau kena la ikhlas dan senang bila bekerja..ni tidak..orang senyum dia buat muka bajet bagus.
Aku masuk dan terus ke kaunter, nak pulangkan buku.
Encik tu sibuk buat apa entah la..
Aku datang dekat dia..
~~SENYUM~~
Assalamualaikum..saya nak pulangkan buku
(sambil aku tersenyum)
Boleh
(Encik tu SENYUM pada aku)
Terubat sakit hati aku tengok pak cik ini boleh bagi perhatian pada aku lagi walaupun sibuk dengan kerja dia dan masih mampu tersenyum!!

senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~
senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~senyum~

angan-angan fishah

sekarang ni aku bergelar pelajar di sini
seorang pelajar Master tapi aku rasa aku tak boleh la kalau 
fokus belajar sahaja
aku terlalu free
aku perlukan something to do
makin lembab otak ini
menulis
membaca
mencari
tengok lap top
tengok buku
tengok hp
itu je keje aku sebagai pelajar Postgraduate
owh! teramat sangat tertekan
aku nak mencari sesuatu la
tapi apa yang aku cari?
seperti blog ini pencarian baru bermula
dan tak tahu bila akan berakhir
akan berakhir satu hari nanti
dengan memegang bunga dan mungkin bersama suami atau tunang tersayang
wah~~siapakah beliau
doaku padaNya biarlah
yang sayang padaku dan 
yang ada dalam hatiku ini
wee~~

ntah apa-apa ntah

seharian merehatkan diri di atas katil
tanpa makan dan minum selama dari malam tadi sehingga Maghrib
wow!
bermula dengan perasaan marah+tenang and the result is headache
tengah sakit pale ni buka la facebook mana tahu ada sape-sape update apa-apa
hahaha...apa yang menarik dekat facebook hari ini aku tengok adalah status orang
wweeee...jom~~


Ordinary people
Sometimes we are afraid of something that we can't see,we are afraid of our own future,what other people feel about us, and even we are afraid of losing or missing something that is precious to us, but believe me,when the time passed by, all will become a memories that we will never forget..so take your chances, have a guts to face it....


Somebody
Hari ini meresmikan Karnival Sukan Staff Felcra Negeri Perak Di Padang Felcra Titi Gantung,Kemudian Meresmikan Mesyuarat Agong Koperasi Pembangunan Lambor DiDOR Teluk Sena,Selepas Itu Menyampaikan Hadiah Pertandingan Memancing Dan Memasak KRT Bandar U, Melawat Kawasan Dan Menghadiri Kenduri,Ptg Majlis Penyerahan Borang Ahli Pkr Utk Masuk Menjadi Ahli Umno Bhg Parit. Tahniah Semua Yg Menjayakan Setiap Majlis.


Jobseekers
PERLUKAN KHIDMAT PENULIS SKRIP...? HUBUNGI SAYA.


Fanatic with football match
seram sejuk nk tngk game malaysia vs indon mlm ni...


Student
anak rusa azwan,
patah tulang rusok(?);
selamat pulang kawan,
selamat berkelas esok.





ni lah antara apa yang aku tengok
banyak lagi tapi tak kan aku nak letak kot..nanti apa plak mereka kata
hahahahaha

Tuesday, December 21, 2010

terpana aku


perasaan susah hati mula bertandang
mungkin sebelum ini tiada yang mengganggu
namun bila sudah tiba masanya hati mula berdetik
hati mula berkata-kata
kegusaran yang mendalam
membuatkan aku benar-benar dengan ujian ini

hari ini apabila dunia ini menyapa
aku terpana sementara
aku terkedu kerana terlalu banyak yang tertangguh
namun salah siapa

semestinya
aku yang harus mencari jalan keluar dari situ
aku yang harus mencari jalan berlari
aku yang harus mencari jalan penyelesaian
aku yang harus mencari jalan untuk memutihkan semula
aku juga harus mencari jalan menyempurnakan

Sunday, December 19, 2010

i dont know


tangan sedang menari
aku pula sedang mencari
sekian lama meninggalkan
tapak pencarian ini

pelbagai yang dihadapi
seperti baru semalam bermula
namun perit untuk dilalui

kini saat untuk bangun kembali
mencari sesuatu yang tak pasti

sambutan tahun baru Muharram telah berakhir
dengan satu tekad dan semangat
aku bangun semula
azam aku yang lepas
Engkau makbulkan
azam aku kali ini?

akan aku usahakan
aku inginkan ia
aku akan gapai ia
aku tidak akan mengalah
aku pasti pencarian aku akan terjawab dalam
azam baru aku