Tuesday, December 21, 2010

terpana aku


perasaan susah hati mula bertandang
mungkin sebelum ini tiada yang mengganggu
namun bila sudah tiba masanya hati mula berdetik
hati mula berkata-kata
kegusaran yang mendalam
membuatkan aku benar-benar dengan ujian ini

hari ini apabila dunia ini menyapa
aku terpana sementara
aku terkedu kerana terlalu banyak yang tertangguh
namun salah siapa

semestinya
aku yang harus mencari jalan keluar dari situ
aku yang harus mencari jalan berlari
aku yang harus mencari jalan penyelesaian
aku yang harus mencari jalan untuk memutihkan semula
aku juga harus mencari jalan menyempurnakan