Mungkin dulu..aku bergelar pelajar..seorang pelajar yang sangat sibuk bukan sahaja dengan belajar tentang apa yang harus aku pelajari malah aku belajar apa yang dikatakan sebagai HIDUP..setelah menamatkan pengajian, aku membuat keputusan untuk bekerja kerana aku yakin alam pekerjaan sudah tentu berbeza dengan alam universiti dan alam persekolahan. mungkin langkah aku kali ini nekad untuk bekerja kerana aku inginkan sesuatu dalam hidup aku. setelah hampir setahun aku bekerja syukur Alhamdulillah, aku mendapat kerja apa yang aku minta, apa yang aku belajar dan apa yang aku definisikan sebagai HIDUP itu. ragam manusia yang sangat aku kagumi..'owh..ada orang macam ni'..'owh..orang tu macam tu' ni la antara ayat yang aku sering guna pakai sewaktu aku bekerja. sangat menarik. perangai setiap orang kita tidak tahu tapi mula-mula aku memberontak namun aku fikir, aku memberontak untuk apa? jadi aku buat keputusan teruskan juga dan aku juga membuat kerja lain dalam masa yang sama kerana kerja aku menajar aku mengenal MANUSIA dan aku terpaksa menambah ilmu pengetahuan dengan bekerja lain. ilmu yang sukar didapati dimana-mana. aku belajar mengenali sejarah dan aku belajar mengenali apa yang dikatakan pengorbanan dalam mencari apa yang dikatakan sebagai MERDEKA, PERPADUAN dan sebagainya. mungkin pekerjaan sebenar aku, terpaksa aku tinggalkan kerana setelah berfikir lama aku harus mencungkil apa erti HIDUP lagi dan aku nekad untuk mengenali MANUSIA melalui agama. akhirnya aku pergi dari kerja asalku dan aku mencari ilmu ditempat baru dan juga suasana pembelajaran baru. fokus aku ialah AGAMA ISLAM dan juga PENTAS yang diciptakan oleh manusia. aku masih mencari ilmu dengan erti PERPADUAN, KEMERDEKAAN dan SEJARAH dan dalam masa yang sama aku mempelajari AGAMA. hari ini hampir empat bulan aku mencari AGAMA ISLAM dengan cara aku sendiri. aku semakin jahil dan aku makin tahu apa yang dikatakan sebagai AGAMA ISLAM dan aku makin mengenali manusia itu. mengapa beliau begitu dan sebagainya. aku harap dan aku doakan bahawa 'MANUSIA' ditempat aku bekerja dahulu beubah la. berubah mencari agama dan mengenali siapa dirimu sebenar. aku sedih melihat keadaan tersebut. PENTAS ALLAH SWT ini hanya sementara. satu hari pentas ini aku dimusnahkan dan tiba masanya kita semua akan dihitung. aku kuatkan semangat untuk semua ini sebab aku inginkan sesuatu disebalik usaha aku ini. bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri aku, untuk keluarga aku dan juga untuk pewaris ilmu aku suatu hari nanti.