Hari ni 2hb Januari 2011..baru aku nak mencoretkan sesuatu kat blog aku ni.
sebelum tu belum terlambat nak ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2011
tersenyum puas apabila meninggalkan tahun 2010..semua azam ku telaksana.
1.aku berjaya konvo pada tarikh yang sepatutnya..Alhamdulillah
2.aku dapat menjejakkan kaki aku ke alam pekerjaan..Alhamdulillah
3.aku memiliki AHD 3608 dengan duit aku sendiri..Alhamdulillah
4.aku mendapat tawaran biasiswa untuk tenaga pengajar muda UiTM..Alhamdulillah
5.aku dapat menyambung pelajaran diperingkat master di universiti yang aku inginkan..Alhamdulillah
aku tak pasti..adakah azam aku untuk 2011 akan terlaksana? kadang-kadang Allah akan uji umatnya walaupun Dia tahu kita mampu atasinya namun, agak takut untuk fikir apa akan jadi akan datang..namun hanya pada dia sahaja aku boleh adukan..aku boleh memohon dan sebagainya..
apa yang pasti, aku akan harungi terlebih dahulu. aku akan buat yang terbaik.