Sebenarnya perjalanan aku belum bermula. Aku baru mencari-cari peluang dan dimana tempat aku sebenarnya. Di sini? Aku katakana tidak..di sini aku belajar untuk mencari perjalanan dan yang paling penting belajar mengenali siapa yang dikatakan sebagai manusia. Sedihkan bila terkenangkan manusia yang tak ada hati perut. Tapi manusia ini makhluk istimewa Allah SWT bukan apa, manusia dikurniakan akal yang sempurna. Namun kesempurnaan itu telah disalahpakai oleh manusia itu sendiri, jadi disini la aku mengenali siapa yang dikatakan sebagai manusia. Aku pernah memperkatakan tentang pesona, itulah yang aku belajar tiap saat dan tiap hari. Apa yang lebih malang aku lihat mereka adalah seketurunan dengan aku. Anak Adam dan Hawa dan juga pengikut Nabi junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Pada mulanya aku menganggap merekalah yang menjadikan ini sebagai medium namun aku salah.
Semakin hari, semakin aku ingin mentertawakan mereka. Jelik aku dengan perangai mereka. Simpati aku kerana mereka adalah seperti aku. Namun, apakan daya, itu pilihan mereka. Perangai yang tidak ikhlas dipamerkan, perangai yang menghancur belahkan orang, diabadikan, perangai yang diibaratkan seperti Israel aku berikan. Tiada rundingan dan tiada tolak ansur. Orang selalu kata kalau sakit kita cari penawarnya namun untuk orang yang tak sakit carilah puncanya dan cegahlah. Itulah malangnya. Tiada kebanggan untuk ini semua. Kesedihan melihat kejatuhan mereka. Umur setiap seorang adalah melampau sudah namun omongannya bagai tidak sedarkan diri. Khas untuk mereka..

Kasihan aku lihatkan engkau,
Ibaratnya engkau yang tidak ngerti
Aku yakin, engkau sebenarnya tidak memahami
Namun kerana ego yang menggunung dan
dengki yang seluas pantai engkau abdikan diri
Engkau tidak ngerti apa pun sebenarnya
Apa yang aku perhati,
Engkau adalah si pengecut yang kekeringan
Kekeringan dari segala segi
Aku simpati dengan engkau
Jadilah engkau manusia yang ada akal
kerna dek akal aku pasti engkau adalah manusia..