Tuesday, October 12, 2010

carian belum diketemu

mencari definisi ISLAM dan mencari definisi GENRE...agak kalut juga sebab semuanya ingin cari yang lebih mendalam dan fakta. namun apa yang menjadi masalah, ada ke orang yang menulis tentang FILEM ISLAM??
Kenapa filem Islam begitu dipinggirkan terutamanya di Malaysia? mungkin orang Melayu dan Islam hari ini lebih gemar mencari duit dengan pembikinan filem komersial berbanding orang-orang yang dianggap ahli falsafah, pakar rujuk dan pakar dari segala hal di luar sana. sedih betul mengenangkan apa yang terjadi. namun, bagaimana pula dengan para pelajar dari sekolah filem yang belambak di Malaysia ini? adakah segala hasil tulisanmereka tidak berkualiti atau hasil kerja mereka ditempatkan hanya didalam STORE atau tempat yang memerlukan kata laluan, pembayaran dan sebagainya? atau ada jawapan lain yang aku sendiri tak tahu mencari maklumat. habis ku geladah perpustakaan Hamzah Sendut ni. buku yang bernama John, Maxwell dan sebagainya sangat banyak. namun buku yang ditulis oleh Ali, Abu, Seman dan sebagainya amat sukar dicari? apa yang sedang dilakukan oleh orang-oarang yang bernama Abu, Ali dan Seman tersebut? agak sukar untuk aku mentafsir segala hal ini. tapi akan ku usahakan untuk ada hasil buku yang ditulis oleh Nur Nafishah Azmi..

Tuesday, October 5, 2010

Yesterday: 5th October 2010 at Hamzah Sendut Library. i still tried to found definitions of Islam. what is the best thing, when i tried to found from Al-Quran and Hadith, someone greeted me.

Dr. Basri: Assalamualaikum..
Me: Waalaikumussalam..yes?
Dr. Basri: Sorry, i would like to asked you, you from Islamic School?
Me: Owh..no. i'm from Mass Communication.
Dr. Basri: I'm so sorry, i thought you from Islamic school because you read Al-Quran and Hadith.
Me: Owh..i just doing my research.
Dr. Basri: what is your topic?
Me: I m doing Ismail Raji Al-Faruqi.
Dr. Basri: Sorry, can u speak in English, I cant understand Malay.
Me: Sorry, actually, i tried to find definitions of Islam.
Dr. Basri: Owh ya..u need my help? i just from Pakistan and learned about Islam. here, i tried to looked a Non-Muslim perspective about Islam.
Me: So, why you choose Malaysia?
Dr. Basri: they talked Malaysia is the best country, peace and people in Malaysia is very good and kind like you
Me: hahahahaha...thanks.
Dr. Basri: so, i will help you to find your references book.
Me: Can..

(He asked me to take it lap top together, i said, don't worried nobody want take it may lap top. he forced me to take it because last week when he at KL Library someone stoled his lap top. i just picked up together)

bad story

how to improve my English??
today, at British Council Penang..i m very sad because i tried to speak English with the officer but i failed. i don't know why i can't speak English very well. may be, i m not confident with myself and others, my vocabulary very weak. oh God! really need you, to guide me unto a new way of my life. 
moral down!

Saturday, October 2, 2010

no name


I tried to close my eyes, but i failed.
I tried to think about my journey, but i scared.
I tried to focus with myself, but i can't.
I tried think and pray to God, ya..I got it.
My dream and my miracle.

Friday, October 1, 2010

Terainaya

Engkau hampir mati
dimusnahkan oleh manusia..

engkau juga akan hancur
dimusnahkan oleh manusia..

engkau juga sering menangis
meraung dan memberontak
disebabkan oleh manusia..

ingat manusia
satu hari nanti dia yang akan
buat engkau menangis
meraung dan memberontak
dendam terbalas saat itu..

akulah 
BUMI terainaya..



ketenangan & tekanan

9 Julai 2010; disini


kadang-kala kesusahan itu akan mengajar aku tentang kesabaran..
namun setakat mana kesabaran yang boleh kita pupuk dalam diri kita?
ALLAH S.W.T. sahaja yang boleh membantu namun kita harus berusaha untuk rapat
denganNYA. 

aku pasrah dengan apa yang ada dan dalam masa yang sama,
aku akan usaha jadi yang terbaik untuk diri aku dan masa depan aku..

tekanan mengajar aku erti ketenangan.
aku harus mencari ketenangan dalam tekanan

ia akan mematangkan lagi langkah demi langkah aku
selaras dengan denyutan jantung aku..
9 Julai 2010; Perak fm
tercetus

Tekanan yang aku rasakan..
Mungkin ini bukan yang pertama namun ini  adalah yang utama
dan ia memberi tekanan di lubuk hati sanubariku..
tekanan yang terus menyusuk dalam jiwa dan hati kecil aku..
mungkin jarang untuk aku rasakan..
kerana bisikan dan rasukan syaitan..
namun ini adalah yang utama mengancam perasaan
dan menebarkan perasaan malu bukan kepada orang lain
tetapi terhadap diri aku sendiri..

Manusia Yang Masih Mencari Akal

5 Jun 2010; Perak fm

Sebenarnya perjalanan aku belum bermula. Aku baru mencari-cari peluang dan dimana tempat aku sebenarnya. Di sini? Aku katakana tidak..di sini aku belajar untuk mencari perjalanan dan yang paling penting belajar mengenali siapa yang dikatakan sebagai manusia. Sedihkan bila terkenangkan manusia yang tak ada hati perut. Tapi manusia ini makhluk istimewa Allah SWT bukan apa, manusia dikurniakan akal yang sempurna. Namun kesempurnaan itu telah disalahpakai oleh manusia itu sendiri, jadi disini la aku mengenali siapa yang dikatakan sebagai manusia. Aku pernah memperkatakan tentang pesona, itulah yang aku belajar tiap saat dan tiap hari. Apa yang lebih malang aku lihat mereka adalah seketurunan dengan aku. Anak Adam dan Hawa dan juga pengikut Nabi junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Pada mulanya aku menganggap merekalah yang menjadikan ini sebagai medium namun aku salah.

Semakin hari, semakin aku ingin mentertawakan mereka. Jelik aku dengan perangai mereka. Simpati aku kerana mereka adalah seperti aku. Namun, apakan daya, itu pilihan mereka. Perangai yang tidak ikhlas dipamerkan, perangai yang menghancur belahkan orang, diabadikan, perangai yang diibaratkan seperti Israel aku berikan. Tiada rundingan dan tiada tolak ansur. Orang selalu kata kalau sakit kita cari penawarnya namun untuk orang yang tak sakit carilah puncanya dan cegahlah. Itulah malangnya. Tiada kebanggan untuk ini semua. Kesedihan melihat kejatuhan mereka. Umur setiap seorang adalah melampau sudah namun omongannya bagai tidak sedarkan diri. Khas untuk mereka..

Kasihan aku lihatkan engkau,
Ibaratnya engkau yang tidak ngerti
Aku yakin, engkau sebenarnya tidak memahami
Namun kerana ego yang menggunung dan
dengki yang seluas pantai engkau abdikan diri
Engkau tidak ngerti apa pun sebenarnya
Apa yang aku perhati, 
Engkau adalah si pengecut yang kekeringan
Kekeringan dari segala segi
Aku simpati dengan engkau
Jadilah engkau manusia yang ada akal
kerna dek akal aku pasti engkau adalah manusia..

copy AND paste

Aku sudah lama menulis...

3 Jun 2010 ; Perak fm

Dulu, waktu mula-mula aku masuk Universiti dan bergelar mahasiswa, seorang yang aku hanya kenali dekat TV merupakan pensyarah aku. Dia Tanya pada aku, kau dating sini nak buat apa? Aku budak baru..aku jawab nak timba ilmu..dia kaya timba besar mana kau bawa? Aku diam..dia Tanya pada kawan aku..kau nak jadi apa? Kawan aku cakap nak tambah ilmu pengetahuan. Dia kata tak payah dating sini, kau balik je..ilmu ada dimana-mana. Dia Tanya lagi dan macam-macam jawapan yang kami bagi semuanya salah dan akhirnya dia cakap BULLSHIT!! Korang semua menipu!! Korang masuk sini, tapi korang tak tahu tujuan korang masuk sini. Bagi aku..melampau seorang penceramah merangkap pensyarah aku cakap macam ni. Akhirnya dia bagitahu, awak semua dating sini untuk jadi MANUSIA YANG BERGUNA..aku tersentap namun itulah hakikatnya..memang semua yang dating hendak menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat. Salah juga pandangan aku terhadap dia. Tiba-tiba aku terkelu, melihat dia memanjat meja dan tangan kanan diletakkan diatas dada sebelah kanan. Terkesima..

WATIKAH YANG KU MILIKI KAN KU SEMAT DIHATI..
JANJIKU PADA PERTIWI UNTUK MENABUR BAKTI..
KU SEMPURNAKAN SEIKHLAS HATI MEMBELA NEGARA..
DOA RESTU AYAH BONDA KU UNTUK MU SEMUA..
UITM USAHA..TAQWA..MULIA..

Aku berjaya
Akhirnya menitis juga air mata kami tatkala mendengar nyanyian beliau dan linangan air mata seorang pengajar yang merupakan bekas pelajar uitm. Inilah salah satu moment yang aku tak pernah lupa dan tak kan lupa sehingga bila-bila..
Terima kasih UiTM dan terima kasih Encik Azahari Zain..

Aku budak mentah yang tak faham apa-apa mengenai kerja yang aku dapat. Buat pertama kalinya aku sendiri tak clear dengan apa yang aku akan hadapi.. Nampak semuanya bagus dan saling memerlukan antara satu sama lain. Aku tak berani nak cakap apa sebab aku baru, aku hanya menurut perintah dan aku membantu apa yang diperlukan. Terima kasih sebab membawa aku masuk ke dunia ini dan aku akan pelajari hal ini. Ini adalah langkah pertama aku. Buat kali pertamanya aku akn membantu bagi satu event yang agak besar bagi sebuah jabatan yang namanya gah dimata masyarakat. Aku memulakan segalanya disini. Aku hampir memahami corak pekerjaan mereka dan mengenali setiap satu manusia disini. Apabila melihat setiap orang yang ada, aku teringat pengajian psikologi aku, manusia dan pesona. Memang hari ini aku mengenali manusia yang mempunyai pelbagai pesona. Permulaan aku, adalah bekerja diluar, aku tak megerti dan aku tidak memahami namun aku belajar kerana aku tak nak jadi orang yang dikatakan tidak tahu hidup berdikaari dan mencari fakta dan auta bagi menjadi orang berguna. Permulaan, aku follow the rules..bertambah sedikit lagi aku dengan manusia dan pesona dan akhirnya aku memahami dan hampir mengenali setiap seorang. Bukan  daripada pengaruh sesiapa namun daripada manusia itu sendiri.

Pengendalian organisasi bagi aku teramatlah teruk, aku tengok masing-masing rajin bekerja tapi organisasi hancur..ini bermakna ada udang disebalik batu. Udang dah la hitam (kejahatan) dan batu pula keras dan besar (sifat dan perangai), itulah yang adapat aku gambarkan. Namun, tahniah kerana mereka diantara orang yang memerlukan kehidupan yang susah di suatu masa nanti.

Adakah??

Berhari-hari tidak menconteng disini. sibuk untuk memulakan hidup baru. agak susah rupanya. tapi Alhamdulillah. kali ini aku mencari melalui jalan yang lain pula. mata aku tertacap pada skrin komputer tidak hentik-henti sebab ingin mencari apa yang dikatakan sebagai Islam itu. mungkin aku ialah orang Islam namun kadang-kadang aku lupa apa definisi sebenar Islam itu. dalam kajian yang ingin aku laksanakan ini, aku harus menggeledah diseluruh ceruk punca bagi mengetahui apa yang dikatakan sebagai Islam itu. aku akan melihat dari sudut aku sebagai pengkaji filem-filem yang mengandungi unsur-unsur Islam itu. adakah filem itu benar-benar mengenai Islam. Bukan apa, jika dilihat dari setiap filem yang dibikin di Malaysia atau Indonesia, Islam itu tidak lari. walaupun filem Bohsia arahan Syamsul Yusof dikatakan sebagai filem yang murtad, bertentangan dengan syarak dan macam-macam namun masih ada Islamnya. jadi apakah sebenarnya definisi Islam dalam sesebuah filem? aku masih mencari. pencarian aku adalah melalui penontonan, pemahaman dan pembacaan. belum ada jawapannya. 

selesai menonton filem Arisan yang lepas, aku telah menonton beberapa filem antaranya Semerah Padi, 1956 arahan P.Ramlee, Sabarudin Tukang Kasut, arahan P.Ramlee, Sunan Kalijaga-Syech Siti Jenar, 1985, Kiamat Sudah Dekat, 2003 arahan Deddy Mizwar, Nagabonar II, 2007, arahan Deddy Mizwar, Ketika, 2005 arahan Deddy Mizwar, Korban Fitnah, 1956 arahan P.L.Kapur dan terakhir hari ini Perempuan Melayu Terakhir, 1999, arahan Erma Fatima. setelah menonton filem-filem ini pencarian yang dinamakan Islam itu baru bermula. ada yang terlalu ekstrem dengan Islam sehingga menyesatkan, ada yang Islamnya ada Islam dan mengamalkannya dan ada juga yang dikatakan Islam hanya sekadar nama sehingga lupa apa yang dikatakan Islam. agak sukar untuk menjawab persoalan yang tentang Islam. namun pencarian ini akan bermula. melihat satu persatu filem yang telah ditonton, adakah filem itu boleh dikatakan sebagai Islamic 100% atau sebaliknya...??? 

Semerah Padi, 1956 arahan P.Ramlee

Sebuah filem arahan P.Ramlee yang penuh dengan unsur keagamaan dan juga ada melayu. jangan disamakan adat dengan agama kerana adat adalah sesuatu yang turun menurun dan juga sentiasa dilaksanakan. namun agama kita berpegang kepada kepercayaan. merujuk kepada filem Semerah Padi ini, ia adalah nama kepada sebuah kampung yang mana kesemua penduduk kampung tersebut ialah orang Melayu dan juga orang Islam. ketua kampung memainkan peranan yang amat penting apabila, segala apa yang terjadi dikampung berkenaan adalah dibawah tanggungjawab beliau. selain itu, beliau juga menerima segala arahan yang diberikan oleh Sultan. apa yang menarik melalui filem ini adalah pelaksanaan hukum hudud yang dijalankan. setelah mendapat bukti yang kukuh dan sahih, walau siapa pun yang melanggar hukum agama Islam akan dijatuhkan hukum hudud. hukum hudud ini bukanlah satu hukum yang menyeksa kepada sesiapa namun ia harus dilaksanakan untuk memberi pengajaran kepada orang sekeliling yang mengetahui tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh pesalah. dan hukum ini bukanlah dijalankan atas dasar suka-suka namun ada cara pelaksanaannya. sebagai contoh, pasangan yang berzina akan dikenakan hukum sula. itu antara babak yang ada didalam filem ini.

Azan: Antara babak dalam filem Semerah Padi.
susah untuk mentakrifkan tentang apa yang dikatakan sebagai Islam dan sebagainya namun, perkara ini harus dikupas dalam filem agar Islam itu tidak hilang begitu sahaja dan Islam itu tinggal pada nama semata-mata malah akan kekal hingga ke akhir zaman.