Friday, September 24, 2010

ARISAN..be yourself..

Selesai menonton satu filem..hanya untuk meringankan beban di fikiran aku. pilihan aku kali ini, ARISAN arahan Nia Dinata, seorang Sutradara dari Indonesia. Dulu aku pernah menonton juga filem arahan beliau seperti Berbagi Suami..yang aku betul-betul ingat. kali ini yang menjadi pilihan adalah Arisan. walupun sudah lama dikeluarkan dan membaca pelbagai gosip filem ini aku baru tontonnya hari ini. menarik..salah satu yang lama dibangkitkan semula. Arisan sebenarnya sejak dari dahulu diamalkan di Indonesia terutamanya di Jakarta. 

Arisan yang membawa maksud perjumpaan sosial antara kawan-kawan seperti sebulan sekali. caranya mudah saje..ada seorang ketua dalam kumpulan tersebut, mereka akan membayar sejumlah wang yang sama banyak setiap orang. selesai pembayaran, undi akan dicabut oleh ketua tersebut untuk menentukan siapa yang akan menganjurkan arisan pada bulan akan datang dan duit yang dikumpul akan diserahkan kepada siapa yang dicabut itu. cara pelaksanaan ini kalau dekat Malaysia macam main kutu la. sehingga semua orang telah mendapatkan giliran masing-masing barulah orang yang sama boleh dilaksanakan. itulah, serba sedikit arisan yang aku faham based on filem ARISAN ni.

namun, melihat kepada filem ini apa yang aku tertarik adalah setiap orang mempunyai masalah sendiri dan apabila semua berkumpul masalah itu akan dilupakan seketika. mungkin ini seperti klise namun apa yang lebih menarik adalah kebenaran atau realiti yang ditonjolkan yang mana melalui perjumpaan seperti ini kita pasti akan mendapat seorang rakan karib dan dalam masa yang sam akita pasti akan mendapat tahu bahawa tak semua orang sekeliling kita suka akan kita. ini realitinya.. apa yang pasti, sekiranya dia adalah sahabat kita, baik buruk, kelebihan dan kelemahan kita dia akan terima dan ungkaikan satu persatu.

mungkin ada yang melihat filem ini terlalu stereotaip, mengatakan ianya filem GAY.. tapi akau tak rasa ini sebuah filem GAY..macam pelik pulak ini filem gay. bukankah ini satu realiti yang sememangnya golongan ini wujud? jika dahulu golongan ini agak takut untuk menayangkan hubungan mereka dikhalayak namun tidak pada hari ini. semuanya terbuka. itu adalah realitinya. bukan aku nak menyokong golongan ini, apa yang aku kuarkan cuma nak bagitahu realiti yang memang terjadi tapi kadang-kdang kita sendiri hipokrit kata pembikin filem tak sedar diri..

aku tak pandai sangat benda-benda ini, tapi ini adalah realiti yang orang takut nak terima..sebabnya???
ntah...