Friday, September 24, 2010

ARISAN..be yourself..

Selesai menonton satu filem..hanya untuk meringankan beban di fikiran aku. pilihan aku kali ini, ARISAN arahan Nia Dinata, seorang Sutradara dari Indonesia. Dulu aku pernah menonton juga filem arahan beliau seperti Berbagi Suami..yang aku betul-betul ingat. kali ini yang menjadi pilihan adalah Arisan. walupun sudah lama dikeluarkan dan membaca pelbagai gosip filem ini aku baru tontonnya hari ini. menarik..salah satu yang lama dibangkitkan semula. Arisan sebenarnya sejak dari dahulu diamalkan di Indonesia terutamanya di Jakarta. 

Arisan yang membawa maksud perjumpaan sosial antara kawan-kawan seperti sebulan sekali. caranya mudah saje..ada seorang ketua dalam kumpulan tersebut, mereka akan membayar sejumlah wang yang sama banyak setiap orang. selesai pembayaran, undi akan dicabut oleh ketua tersebut untuk menentukan siapa yang akan menganjurkan arisan pada bulan akan datang dan duit yang dikumpul akan diserahkan kepada siapa yang dicabut itu. cara pelaksanaan ini kalau dekat Malaysia macam main kutu la. sehingga semua orang telah mendapatkan giliran masing-masing barulah orang yang sama boleh dilaksanakan. itulah, serba sedikit arisan yang aku faham based on filem ARISAN ni.

namun, melihat kepada filem ini apa yang aku tertarik adalah setiap orang mempunyai masalah sendiri dan apabila semua berkumpul masalah itu akan dilupakan seketika. mungkin ini seperti klise namun apa yang lebih menarik adalah kebenaran atau realiti yang ditonjolkan yang mana melalui perjumpaan seperti ini kita pasti akan mendapat seorang rakan karib dan dalam masa yang sam akita pasti akan mendapat tahu bahawa tak semua orang sekeliling kita suka akan kita. ini realitinya.. apa yang pasti, sekiranya dia adalah sahabat kita, baik buruk, kelebihan dan kelemahan kita dia akan terima dan ungkaikan satu persatu.

mungkin ada yang melihat filem ini terlalu stereotaip, mengatakan ianya filem GAY.. tapi akau tak rasa ini sebuah filem GAY..macam pelik pulak ini filem gay. bukankah ini satu realiti yang sememangnya golongan ini wujud? jika dahulu golongan ini agak takut untuk menayangkan hubungan mereka dikhalayak namun tidak pada hari ini. semuanya terbuka. itu adalah realitinya. bukan aku nak menyokong golongan ini, apa yang aku kuarkan cuma nak bagitahu realiti yang memang terjadi tapi kadang-kdang kita sendiri hipokrit kata pembikin filem tak sedar diri..

aku tak pandai sangat benda-benda ini, tapi ini adalah realiti yang orang takut nak terima..sebabnya???
ntah...

Wednesday, September 22, 2010

Langkah pertama...

21 September 2010 sah aku menjadi mahasiswi di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. perasaan aku takut sangat dan berbelah bahagi sama ada untuk mendaftar atau sebaliknya namun Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.


pencarian aku pada 21 September bermula dengan berjumpa dengan supervisor aku. risau sangat sebab aku langsung tak kenal siapa dia. orang kata kalau buat full research ni, supervisor mesti orang yang paling kita rapat dan boleh berkomunikasi dengan dia, jadi itu yang menjadi kerisauan aku. bertemankan rakan serumah yang juga merupakan rakan sekolah aku, aku berjumpa dengan Dr. Rohani di School of Communication..


Alhamdulillah, aku berasa amat lega dan seronok. orangnya betul-betul keibuan dan aku dapat rasakan yang beliau boleh membantu aku. selepas bersembang dan mengenali hati budi, aku membuat keputusan untuk mendaftar diri di Institut Pengajian Siswazah. segala urusan mudah sahaja dan aku selesai mendaftar sebelum jam 12 tghr. penat juga sebab aku kena berjalan kaki. ada kereta, simpan jela. nak buat macam mana, aku tak tahu selok belok lagi. mungkin aku perlukan masa untuk menyesuaikan diri di sini. begitu juga dengan rumah, kawan-kawan dalam rumah dan juga Pulau Pinang ini sendiri. apa yang menarik perhatian aku ialah, USM tak sesak macam UiTM. Aku tersenyum seorang bila perhatikan USM dan UiTM.


21 Sepetember 2010 berakhir dengan aku boleh terseyum lega sebab aku selesai mendaftar dan mendapat penyelia yang terbaik untuk aku..

Saturday, September 4, 2010

...bunga-bungaan...

bangun pagi..berbunga-bunga..tak sangka tidurku dalm senyuman..ini la yang dikatakan sebagai terbaik. namun orang kata kalu mimoi itu indah, kenytaannya akan menjadi terbalik dari mimpi indah itu. betul ke?
aku berdoa dan berserah kepadaNYA aje la.

yang bakal menjelma hari jumaat ini ialah HARI RAYA AIDILFITRI.. mesti ramai yang excited sangat-sangat nak rayakan? aku rileks la..macam biasa. cume sedih tak tahu Ramadhan akan datang aku ada tau tak ada lagi. bukan apa, impian aku untuk puasa kali ni, hancur berkecai. mungkin sikap aku juga kot. jadi aku mengharapkan Ramadhan yang akan datang. Mesti ramai yang sibuk tengah berkumpul adaik beradik dan mengemasa rumahkan? bestnya..aku ada sape? yelah..ada mak dengan bapak je. itu pun diorang ada hari Ahad semata-mata. bosan betul la sorang-sorang. keje rumah buat sorang-sorang..shopping sorg-sorg..bagi mkn ikan sorg-sorg pendek cite semua benda aku buat sorg-sorg termasuk la tulis blog ni. hahahahhaha...
apa pun aku bersyukur kerana masih ada mak dan bapak. aku ada satu persoalan dibenak hatiku..

anak sering melakukan kesalahan pada emak dan bapaknya..anak dikehendaki mohon ampun..
adakah mak dan bapak tidak ada melakukan kesalahan terhadap anak?SEKIRANYA YA..adakah mereka perlu memohon ampun kepada kita?

(mungkin tak de kaitan dengan raya, tapi tibe-tibe terlintas disudut hatiku)

Thursday, September 2, 2010

LeLakI & PereMpUan..

hampir berakhir Ramadhan bagi tahun 2010..raya kali ni, semangat sikit nak buat kuih raya, maklum la, selalu puasa kat kolej, kat asrama atau keje. tapi Ramadhan kali ni, aku stay dekat rumah. rehat sebelum bergelar mahasiswa semula. 
tapi, aku duk rumah pun, tak masak juga. ha??? masak untuk makan dua orang je. aduh..ruginya..baik pegi bazar ramadhan je..betul tak? ada sesuatu yang membuatkan aku berfikir. selalunya yang akan masak mesti kaum wanita senang cite mak-mak kite la..mak keje..ayah keje..bagus..kalu mak sakit, ayah masak tak? mesti la tak kan? mesti anak kena masak atau beli kat kedai jela. ayah sakit? mak layan 200%..
tapi kalau mak sakit, ayah sakit..sape yang akan bangun? mesti la makkan??
aduh..apakah ini semua??
tapi apakan daya..syurga isteri dibawah telapak kaki suami..syurga suami????? 
sekadar meringankan tangan untuk menaip dan menulis..

renung-renungkan..

air tanganku

pEnCaRiAn yang BerMuLA..

Sekian lama perasaan ingin menulis disini disimpan jauh disudut hati..
hari ini berkesempatan dan bertekad untuk memulakan pencarian hidup aku..
mungkin akan ada yang kata aku kolot dan sebagainya sebab baru sekarang nak ada blog tapi aku bukanlah orang yang endah dengan apa yang orang cakap..asalkan tak kacau periuk nasi aku..
permulaan ini mungkin agak sengkek sebab agak teruja..aku akan mula memasukkan pelbagai cetusan rasa aku yang telah aku terbitkan selama hari ini..
aku teringat kata-kata seorang ilmuan ini sewaktu membuat assignment dulu...


Malapetaka menimpa binatang selain manusia karena mereka tidak dapat berbicara, dan menimpa manusia karena mereka terlalu banyak berbicara.
- Socrates -



AKU

jadi, baru hari ini aku mula berbicara..untuk aku bukan untuk siapa..permulaan bagi pencarian aku..